Adakah anda jenis yang tidak boleh ‘kick-start’ pagi anda tanpa gossip hiburan yang terhangat dalam dunia hiburan? Inilah peluang anda untuk berkenalan dengan Alpha kami yang cukup sensasi, juga sumber berita hiburan hangat Malaysia!
Nazuwan seorang ayah yang cukup berdedikasi kepada keluarganya. Dedikasi Nazuwan kepada belognya juga membuatkan Beautifulnara.com belog yang paling disanjungi ramai di Malaysia! Jom kita hayati temu ramah bersama BeautifulNara, Alpha Churp Churp kami yang tersayang.
Bagaimana anda memulakan kerjaya dalam bidang karya penulisan atau blogging, dan menjayakan kerjaya ini dengan mantap sekali?
Saya bermula daripada rasa ingin tahu semasa saya belajar di Korea. Disebabkan saya belajar software engineering ketika berada di sana, saya cuba applykan apa yang saya belajar. Saya cuba-cuba beli domain, install wordpress dan belajar tentang blogging. Daripada tidak ada apa-apa, saya kini mempunyai BeautifulNara.com yang dilawati hampir 200,000 pelawat setiap hari. Rahsia kejayaan saya ialah ketabahan dan kesabaran.Apakah passion/minat anda selain ber-blogging?
Passion saya yang terbaru ialah bermain dengan anak saya yang baru lahir. Selain daripada itu, saya memang minat main game di computer. Contohnya saya main game Dota, Hon, Starcraft dan lain-lain.Sebagai BeautifulNara..
Apakah cabaran-cabaran yang anda lalui selama berkarya?
Cabaran paling utama saya ialah membahagikan masa untuk keluarga dan berblogging. Ini kerana sehingga bulan lepas, saya masih bekerja full time dan blogging ini hanya sekadar part time. Kadang-kadang saya risau takut tidak memberikan cukup perhatian kepada keluarga.Apakah kejayaan terbesar anda?
Kejayaan terbesar ialah apabila berjaya memenangi Best Entertaiment Blog untuk NAPBAS 2011. Selain itu saya rasa sangat puas dengan usaha sendiri apabila BeautifulNara telah tersenarai di nombor 10 untuk laman web Malaysia yang paling kerap dilawati untuk Januari 2011.Ceritakan pengalaman anda yang paling sukar selama menjadi sumber berita sensasi dalam dunia hiburan?
Paling sukar ialah untuk melihat sesuatu cerita daripada angle yang berbeza. Disebabkan banyak lagi blog hiburan yang mengeluarkan cerita yang hampir sama, saya suka untuk menulis cerita tersebut dengan pandangan saya sendiri. Agak sukar jugak kerana memerlukan masa berfikir yang banyak.Adakah anda mempunyai rancangan lain untuk berjinak-jinak dalam bidang selain dunia hiburan?
Saya sememangnya tengah merancang untuk mengembangkan lagi network Nara ini. Dah ada dalam perancangan untuk membuat blog mengenai kereta, makanan dan lain-lain. Sayangnya masih tak cukup masa untuk melaksanakannya.Apakah perasaan anda menjadi seorang ayah sejak baru-baru ini? Nasihat anda kepada pembaca-pembaca yang bakal menaiki pelamin atau menimang anak pertama?
Saya rasa sangat excited. Sampai sekarang saya masih ingat perasaan pertama kali memegang anak saya di operating room. Berdebar tak ingat. Nasihat saya untuk mereka yang baru berkahwin, cepat-cepatlah buat anak. Memiliki anak adalah perkara yang terindah di dalam hidup ini.Makanan kesukaan anda?
Saya suka KFC. Mungkin sebab masa saya belajar di Korea selama 7 tahun tak boleh makan KFC kerana tidak halal, sekarang ini sekali seminggu saya mesti makan KFC.Apakah destinasi percutian yang paling disukai?
Tahun lepas saya dan isteri pergi berbulan madu di Korea. Itu pun dah rasa seronok gila. Saya rasa ingin bercuti ke pantai seperti Maldives. Tapi tempat tersebut mesti ada line internet supaya saya boleh update blog.Apakah hobi anda?
Ramai yang ingat saya adalah seorang lelaki yang agak lembut dan tak menyangka saya suka menonton bola sepak. Kadang-kadang kalau update di Twitter mengenai bola, ramai followers saya yang terkejut. Saya sebenarnya adalah penyokong Manchester United yang kalah kepada Manchester City baru-baru ini.Apakah impian anda?
To have my family by my side dalam keadaan sihat sejahtera untuk selamanya.
Sebagai Alpha Churp Churp yang berpengaruh, di Twitter dan juga Facebook..Nama anda jika anda suatu twitter hastag…?
Saya pernah buat giveaway menggunakan hastag #NaraKacak. Hahaha. I think that suits me.Nama personaliti yang anda ikuti di Twitter atau Facebook?
Saya suka follow Yuna di Twitter sebab dia selalu update apa perkara yang dia sedang lakukan. Menarik juga tempat-tempat yang Yuna selalu pergi.Siapa yang anda cadangkan untuk kami ikuti di Twitter atau Facebook?
Saya cadangkan anda follow @adibahnoor sebab dia seorang yang sangat kelakar, kadang-kadang tajam ayatnya dan sangat bernas idea di dalam twitter.Apakah yang biasanya anda cari di ruangan sosial media ?
Saya suka mereka yang tak syok sendiri bercerita di dalam Twitter. Kalau boleh janganlah semua cerita peribadi nak kongsikan. Kena pandai bezakan yang mana boleh dikongsi dan yang mana tak boleh.Suatu soalan yang anda ingin tujukan kepada para peminat?
Susah jugak soalan ini. Mungkin saya nak tanya “Kenapa mereka suka baca BeautifulNara?”. Something like that.Jika Churpie boleh berkata-kata, apakah soalan yang anda akan tanyakan?
Why you so cute………Perasaan anda menjadi Alpha bersama Churp Churp?
Rasa seronok sebab terasa dihargai dan rasa gembira kerana berdiri di samping nama-nama besar yang lain.Mesej anda kepada seluruh warga Churp Churp dan para peminat?
Terima kasih kerana mengikuti saya di Twitter dan mendengar random things yang saya tweetkan. Maaf kerana jarang dapat balas mention yang diberi. Saya bukan sombong cuma tak sempat nak membalas. I love you all.Ceritakan diri anda dalam 140 patah kata.
Trying to be funny, simple, last minute person, tidur lambat bangun pun lambat and loves social media a lot.Moto anda.
Jangan stress-stress dengan perkara yang telah berlaku. Bukan kita boleh ubah apa pun.
Jadikanlah moto Nazuwan inspirasi anda juga! Jangan lupa mengikuti Beautifulnara dalam Facebook dan Twitter, dan juga Belognya.
Nazuwan akan memberi peluang kepada anda untuk memenangi sepasang (2) ticket ke screening Churp Churp Piranha 3DD dalam Facebook Churp Churp! YEAY, ini lah peluang anda yang ditunggu-tunggukan! C’mon, anda mungkin yang bertuah hari ini!